Assalammualaikum dan Salam Sejahatera,


Hari ni saya nak kongsikan kepada anda semua tentang blog. 

Tidak kisah siapa diri anda dan kerjaya anda, sama ada anda seorang pelajar, guru,ustaz, jurutera,tukang masak, penulis buku, peguam, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, website dan blog adalah satu medium penyampai maklumat yang amat berkesan

Dengan adanya blog anda dapat berkongsi maklumat, menambah kawan/rakan, berkomunikasi dengan sesiapa, meluahkan perasaan dan pelbagai lagi tujuan dan matlamat. Jadi, anda perlu memiliki sebuag blog atau website sendiri.

Melalui penulisan blog, semua orang dapat membaca dan memahami isi hati anda. Ia adalah merupakan cara untuk anda expresi diri, perasaan, idea dan secara tak langsung membina kredibiliti dan melahirkan potensi dari dalam diri anda 


Manakala bagi seorang usahawan pula, melalui website atau blog sudah pasti produk atau servis anda dapat dilihat oleh beribu-ribu ataupun berjuta-juta pengguna internet yang berpotensi menjadi pelanggan anda

Saya dapati ramai yang telah berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Berdasarkan pemerhatian, boleh dikatakan 99% usahawan Internet memiliki blog sendiri bagi berkongsi informasi apakah yang mereka fikirkan dan memberitahu apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, anda sebenarnya berada dalam kerugian besar jika tidak memiliki blog sendiri untuk membina kredibilti diri dan perniagaan anda!

Blog adalah merupakan salah satu alat pemasaran yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat atau bakal pembeli) ke website perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh ikut cara seperti mereka jika anda tahu caranya..

Dua platform blog percuma yang saya tahu adalah wordpress.com dan blogspot.com. Terpulang kepada anda nak pilih platform percuma yang mana satu. Anda cuma perlu ke web tersebut dan daftar sebagai ahli, Contohnya seperti blog yang anda sedang baca sekarang ini, saya menggunakan plaform percuma daripada google.

Kelebihan menggunakan platform percuma adalah anda boleh mulakan tanpa sebarang modal. Manakala kelemahannya ialah isikandungannya bleh jadi di hack ataupun penyedia perkhidmatan (google) boleh saja menutup blog anda tanpa perlu memberikan sebarang sebab 

Tujuan saya buat blog adalah untuk berkongsi maklumat dengan anda. Saya juga menggunakan blog percuma  ini sebagai latihan sebelum menggunakan platform berbayar. 

Bermula dari sekarang anda bolehlah fikir-fikirkan topik blog apa yang paling sesuai dengan pengetahuan dan minat anda untuk ditulis di blog anda nanti.

Nantikan entry saya seterusnya tentang cara buat blog